NILAI, 26
OKTOBER 2013. – Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) dan Dewan Kuliah
Pusat 4 (DKP 4), Universiti Sains Islam Malaysia telah berlangsung dengan
jayanya Program Bimbingan Kerjaya 2013 “FIND YOUR FUTURE”. Majlis dirasmikan
oleh Ybg. Haji Saimi
Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji. Program yang berlangsung selama satu hari ini adalah anjuran New
Straits Times Press (NSTP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).
Program ini
telah melibatkan lebih 480 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysiadan
seramai 53 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Kelab Pembimbing Rakan
Universiti (PRU) dan Kelab Taha@U. Dua buah organisasi yang besar menjadi
penggerak utama program ini iaitu Media Prima Company dan Lembaga Tabung Haji
Malaysia.
|
Perasmian oleh Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji |
Secara
keseluruhannya, objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan dan
pendedahan mengenai prospek kerjaya kepada mahasiswa Universiti Sains Islam
Malaysia khususnya bagi pelajar tahun akhir. Terdapat enam program yang menarik sepanjang
program ini seperti Jelajah Kembara, Kerjaya Dalam Industri Media, Peluang
Kerjaya Bersama Avon, Pep Talk With The
Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff, Bicara Kerjaya dan Pengucapan Awam oleh Ally
Iskandar, personaliti TV3. Disamping itu, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang
turut diadakan seperti pembukaan gerai oleh Jobs Malaysia, Berita Harian,
Tabung Haji, IKON, Avon,dan NIB Exhibition; Mock & Real Interviews, 30
Minutes Special Slot with ICON dan Lucky Draw and Games.
|
Career Booth oleh Jobs Malaysia |
|
Teknik Pengucapan Awam oleh personaliti TV3, Ally Iskandar
|
|
Pep
Talk With The Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff |
|
Jelajah Kembara oleh Zahariz Khuzaimah
|
Menurut Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar
Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji selaku perasmian majlis berkata,
”Program bimbingan kerjaya ini diadakan untuk mendedahkan peluang kerjaya
kepada para mahasiswa disamping membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa muslim
dalam mencari pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing. Tambahnya lagi, ”para mahasiswa seharusnya mengambil peluang ketika berada di universiti bukan
sekadar belajar tetapi turut melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dalam meningkatkan
soft skill sebagai persediaan di alam pekerjaan nanti.”
|
Semoga program ini memberi 1001 manfaat kepada para peserta
|
-KAMI PRIHATIN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan