Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang
benar-benar takutkan Allah s.w.t dan kesempatan dimanfaatkan untuk
mendekatkan diri kepada-Nya.Melaksanakan perintah-Nya dengan bersabar
dan menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum
menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah s.w.t
Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah
mencari keredhaan Allah s.w.t akan meraikan bulan Ramadhan ini dengan
penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam
akan memastikan setiap langkah dipenuhi dengan amalan-amalan yang
diturunkan Allah s.w.t, selain menunaikan yang diwajibkan.
Semua ganjaran yang Allah s.w.t janjikan akan
dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk
meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan
di atas ketaatan kepada agamayang dilakukan dengan penuh semangat
walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan
kelaparan ini.
Ramadhan telah membuks pintunya. Masuklah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan