Ahad, Disember 30, 2012
Selasa, Disember 25, 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan
1. Baca buku/nota ringkas berulang kali
2. Perbanyakkan belajar secara berkumpulan supaya kita dapat berkongsi ilmu yang dimiliki
3. Elakkan berbual perkara yang tidak berfaedah semasa belajar
4. Amalkan Qiamullail sebelum ulangkaji pelajaran
5. Kurangkan bermain game.
6. Banyakkan berzikir pada Allah
7. Meminta maaf dan maafkan semua orang
8. Jangan lakukan maksiat
9. Banyakkan bersedekah
10. Mengulangkaji pelajaran di Masjid atau Surau
11. Ambil Wudhu sebelum belajar
12. Membaca atau Menghafal Al-Quran
13. Amalkan pemakanan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk belajar dengan lebih berkualiti dan berkesan walaupun dalam masa yang singkat.
~Kami Prihatin~
Selasa, Disember 04, 2012
Tips Bangun Awal dari Tidur
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.Selamat mencuba!^_^
"Kami Prihatin"
konvensyen PRSK Kebangsaan Ke 4
Konvensyen ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk membina ukhuwah sesama ahli Pembimbing Rakan Siswa daripada semua universiti dari seluruh negara yang terdiri daripada zon utara, tengah, selatan dan juga Sabah dan Sarawak.
Jumlah ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM yang telah terlibat sebagai peserta jemputan adalah seramai 12 orang termasuk pengerusi PRSK serta seorang pembentang.
Konvensyen pada kali ini juga diadakan untuk memberi pendedahan khusus kepada semua peserta di seluruh IPTA mengenai potensi masa hadapan Generasi Y dan juga sikap serta nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diaplikasikan oleh Generasi Y bagi menjayakan misi, halatuju negara dan masa depan.
Antara aktiviti sepanjang program ini ialah Ucapan Aluan oleh Y. Brs. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UniSZA, Sesi Taaruf/ Ice Breaking, Forum GEN Y Tingkah laku devian di kalangan Generasi dan cara menanganinya, Majlis Perasmian oleh Y.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Lawatan ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya disertai oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan dapat memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran daripadanya. Diharap, konvensyen ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Selasa, November 13, 2012
Isnin, November 12, 2012
LAWATAN KERJAYA KE OTAI BURGER HOLDINGS SDN. BHD.
Selasa, Oktober 30, 2012
Budaya membaca amalan mulia
Salah satu perkara yang perlu dititik beratkan terutamanya sebagai seorang mahasiswa untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan adalah dengan membaca bahan-bahan bacaan seperti buku, journal, artikel, surat khabar dan lain-lain lagi. Justeru itu, di musim cuti pertengahan semester ini amatlah sesuai untuk kita sama-sama melipat gandakan ilmu pengetahuan dengan membaca kerana kebiasaannya pada waktu cuti sebegini lah kita mempunyai masa lapang dan ini adalah masa yang sesuai untuk kita menelaah pelajaran. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini ke arah kebaikan dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya atau trend yang positif pada masa kini.
Nadi Ilmu Amalan Membaca =)
~Kami Prihatin~
Rabu, Oktober 24, 2012
Salam Aidil Adha 1433 H
Oleh itu, duhai rakan-rakan sekalian, jngan pernah letih dalam perjuangan dan pengorbanan kalian dalam apa jua lapangan sekalipun.Moga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.
Ahad, Oktober 21, 2012
Isnin, Oktober 01, 2012
Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi
Tarikh: 22 September 2012
Masa: 8.00 Pg – 1.30 Tgh
Tempat: DKU FPQS
Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU USIM) telah berjaya mengadakan satu
program Motivasi iaitu program “Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi” yang
telah dianjurkan oleh Unit Motivasi dan Latihan PRU USIM bertujuan untuk membantu
pelajar-pelajar USIM dalam membina keyakinan diri dan menambahkan semangat
untuk menuntut ilmu. Turut sama menjayakan program ini ialah peserta yang
terdiri daripada 40 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Bandar Salak Tinggi yang
dijemput khas oleh penganjur untuk sama-sama mengambil manfaat dari program ini.
Program Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi mengandungi dua slot, pertama
slot "Man Ana?" yg berbentuk talk yang disampaikan oleh Imam Muda Naufal
dan slot kedua pula berbentuk Forum yang dikendalikan oleh moderator Adam Fariz
Mohd Zain serta para panel yang terdiri daripada Ustaz Mohammad Alif Ismail
dan saudari Maisarah Rafie. Alhamdulillah, kedua-dua objektif slot-slot tersebut telah
tercapai bilamana para peserta telah dapat mengenal diri mereka yang sebenar
dan membantu mereka membezakan antara perkara yand baik dan buruk. Semoga program yg
bermanfaat ini dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang.
Selasa, September 11, 2012
Program Transformasi Diri
Khamis, Ogos 30, 2012
Selamat datang ke USIM
Selamat datang kepada pelajar baru Ijazah Sarjana Muda ke USIM, Tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih USIM sebagai destinasi seterusnya untuk melanjutkan pengajian.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.
Semoga anda berjaya menggapai cita-cita anda.
"Kami Prihatin"
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke - 55
Salam kemerdekaan ke - 55
Semoga negara kita terus aman dan makmur.
Rabu, Ogos 29, 2012
Kelebihan Puasa Enam di bulan Syawal
Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.
Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.
Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.
Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.
Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.
Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan
Kesan Tarbiyyah Ramadhan
Jumaat, Ogos 17, 2012
Salam lebaran 1433 Hj
Jumaat, Ogos 10, 2012
Mujahadah di bulan Ramadhan
Selamat beramal
Khamis, Ogos 09, 2012
Tawaran Biasiswa dan pinjaman Pendidikan
Sukacita dimaklumkan, International Syariah Research Academy (ISRA) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Scholarship Award untuk peringkat pengajian Phd, Sarjana, dan ijazah Sarjana Muda.
Borang permohan serta syarat-syarat permohonan boleh didapati di laman web www.isra.my, sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn Shila pengawai ISRA di talian 03-76514211/4200.
Adalah dimaklumamkan tawaran pinjaman pendidikan Negeri Selangor dan pinjaman pelajaran Tenaga mahir FAST TRACK bagi sesi ke dua 2012, permohonan melalui ONLINE dengan melayari laman web http://tkwbns.selangor.gov.my/ dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 oges 2012, Jumaat
Selamat mencuba
Isnin, Ogos 06, 2012
Tahniah!
Bersyukurlah!Bersangka baiklah dengan ALLAH!Kerana hal itu akan menjadikan kita sentiasa positif dengan apa jua yang terjadi pada kita..
Moga muhasabah diri sentiasa mengiringi agar kita tidak lupa tujuan sebenar kita diciptakan di dunia ini.
Ucapan Tahniah kepada semua mahasiswa/mahasiswi USIM atas keputusan peperiksaan yang diperoleh! ^_^
~Kami Prihatin~
Isnin, Julai 30, 2012
Menjaga Tingkahlaku didalam bulan Ramadhan
Jumaat, Julai 27, 2012
Fadhilat Ramadhan
Ramadhan telah membuks pintunya. Masuklah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Isnin, Julai 23, 2012
Asal Usul Kalimah Ramadhan
Jumaat, Julai 20, 2012
Menjelang Ramadhan
Ahad, Julai 15, 2012
Angan-angan
Sebahagian manusia membikin dunia fantasinya tanpa berusaha, sebaliknya cuma berangan-angan. Dunia dicipta bukan untuk bersantai. Yang dicipta untuk bersantai dan bersenang lenang adalah di syurga yang abadi. Oleh itu, sebelum kita menuju ke syurga yang abadi, bersiap-siaplah kita untuk menempuh segenap susah payah agar kesungguhan kita itu akan dibalas kelak..
~KAMI PRIHATIN~
Sabtu, Julai 14, 2012
Rabu, Julai 11, 2012
Program Adikku Sayang Siri ke - 3
Alhamdulillah maklum balas daripada program ini terutamanya dari pihak peserta amat positif dan menggalakkan di mana modul yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini sedikit sebanyak telah memotivasikan mereka serta meningkatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya di masa hadapan.
Jumaat, Jun 15, 2012
Hikmah
Hikmah Allah swt amat tinggi dalam mmberikan petunjuk kepada hamba-hambaNya. Manusia yang mngambil iktibar daripada kejatuhan yang dialami, akan menjadikan kegagalan itu pemangkin untuk lebih berjaya. Justeru, jangan mudah berputus asa dan anggaplah kegagalan sebagai proses untuk mempersiapkan diri
~Kami Prihatin~
*EXAM MODE*
Jumaat, Jun 08, 2012
Berusahalah!
Rabu, Jun 06, 2012
Selamat menduduki peperiksaan
Ahad, Jun 03, 2012
Di ambang Final Exam
3. Menyedut Udara segar dan melihat pemandangan hijau setiap hari
Sabtu, Jun 02, 2012
Ikatan Mahabbah
Program Ikatan Mahabbah ini merupakan program pertama anjuran Protem sepenuhnya, program ini telah pun diadakan pada hari ahad 27 Mei yang lalu di HEP bertujuan untuk mengumpulkan kesemua ahli Protem Gen III yang baru dilantik untuk saling mengenal antara satu sama lain
Alhamdulillah hasil dari program ini telah merapatkan lagi ukhwah antara kami sesama ahli protem dan kami lebih mengenali antara satu sama lain dengan aktiviti serta modul yang dijalankan dan program ini diakhiri dengan jamuan sambil bertukar-tukar hadiah antara kami, diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan untuk masa akan datang dengan kehadiran semua ahli Protem
Solat Hajat Sempena Exam
Antara aktiviti yang dijalankan selain solat hajat ialah solat Maghrib dan Isyak berjemaah selain bacaan Surah Yasin berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan, selepas selesai Program Solat Hajat, kami terus ke DKP3 untuk menyaksikan Forum Muzikal Cinta sebagai hiburan alternatif yang berilmu dan mempunyai banyak input-input yang bermanfaat kepada sesiapa yang pergi pada malam tersebut
Jumaat, Mei 25, 2012
Senyuman Di Botani
Tarikh: 19/5/2012
masa: 7.45 pg - 1.30 ptg
tempat: Taman Botani Putra Jaya
Jumlah Peserta: 35 orang
Program Senyuman Di Botani yang diadakan pada 19 Mei lalu telah diadakan di Taman Botani Putra jaya, program berbentuk santai ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli PRU. Objektif program ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli PRU tidak kira ahli baru mahu pun yang lama disamping melantik ahli baru Protem ke dalam jawatankuasa Organisasi PRU
Hasil daripada program tersebut Alhamdulillah telah menimbulkan satu ikatan ukhwah yang kukuh antara ahli, selain itu ahli protem dapat mengetahui lebih jelas tentang tugas-tugas mereka dalam PRU serta dapat bersantai bersama, diharapkan program outdoor seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kehadiran semua ahli PRU supaya kita akan dapat mengenali antara satu sama lain
Rabu, Mei 23, 2012
Selamat Datang Pelajar Tamhidi 2012/2013
Kepada para Pelajar Tamhidi USIM yang bakal memulakan langkah gemilang di Bumi USIM tercinta ini bermula esok pagi. Kami dari pihak Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.